Kejayaan

JUDI DAN MAKSIAT: STAGG TAHAN 478 INDIVIDU MINGGU LALU

Kuala Lumpur, 7 Feb. 2017 - Seramai 243 individu ditahan dan 1,282 unit komputer judi dirampas dalam serbuan yang dilakukan sepanjang minggu lalu oleh Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG), Bukit Aman di seluruh negara.

Manakala dalam operasi membanteras aktiviti maksiat pula, seramai 235 pelayan pelanggan (GRO) dan tukang urut turut ditahan STAGG sepanjang minggu lalu.

Kejayaan operasi cegah perjudian dan maksiat oleh STAGG ini dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman Twitter dan Facebook rasmi beliau sebentar tadi.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS