Kejayaan

POLIS TANGKAP TIGA SUSPEK KES SAMUN RUMAH DAN KERETA

Kuala Lumpur, 24 Mac 2017 - Polis memberkas tiga suspek dan memburu dua lagi yang dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun rumah dan kereta.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Shahrul Othman Mansor berkata tiga suspek berusia antara 30 dan 39 tahun terbabit ditangkap di sebuah inap desa di Nibong Tebal, Pulau Pinang kira-kira 2 pagi pada Isnin.

"Kami tubuhksan satu pasukan khas sebulan lalu bagi menyiasat kes ini," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya polis percaya kumpulan itu aktif dalam kegiatan tersebut sejak enam bulan lepas dan mengakibatkan kerugian sekitar RM1 juta.

Beliau juga berkata susulan tangkapan itu, polis merampas lima buah kereta dari tiga lokasi iaitu di Nibong Tebal, Pulau Pinang; serta Kota Damansara dan Jalan Klang Lama di sini.

Selain itu, polis turut merampas sebilah parang, peralatan yang dipercayai diguna untuk kegiatan pecah rumah serta barangan kemas, katanya.

- BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS