Kejayaan

PARTI LIAR : 33 DITAHAN KERANA DADAH

Kuala Lumpur, 26 April 2017 – Sebanyak 47 individu termasuk dua pelajar terbabit dalam parti liar di sebuah kondominium mewah di Jalan Sultan Ismail di sini ditahan dalam satu serbuan  polis, 6 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Sukri Kaman berkata, daripada 47 individu terbabit berusia 14 hingga 28 tahun itu, 33 daripadanya termasuk tujuh wanita didapati  positif penyalahgunaan  dadah.

Beliau berkata polis  turut menemukan dua biji pil disyaki dadah jenis syabu.

“Kami percaya lebih banyak bekalan dadah telah dimusnahkan sebelum polis menyerbu masuk unit itu berikutan mereka mengambil masa yang lama untuk membuka pintu ketika serbuan dijalankan,” katanya pada sidang media di sini .

Mohd Sukri berkata kesemua 33 individu yang  positif dadah itu termasuk seorang lelaki berusia 22 tahun yang merupakan penganjur parti liar berkenaan ditahan bagi tindakan selanjutnya.

Beliau berkata kesemua mereka ditahan reman selama tiga hari sehingga Jumaat depan bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS