Kejayaan

POLIS TAHAN SEORANG LELAKI, RAMPAS BUNGA API DAN MERCUN LEBIH RM7,000

Johor Bahru, 14 Jun 2017 - Polis menahan seorang lelaki dan merampas pelbagai jenis bunga api dan mercun bernilai lebih RM7,000 dalam serbuan ke atas sebuah kedai runcit di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata penahanan lelaki berusia 27 tahun di Taman Bukit Mutiara di sini pada pukul 10.30 malam itu, adalah hasil risikan pihaknya. 

Hasil pemeriksaan di kedai itu menemukan 127 kotak mercun dan 95 kotak bunga api pelbagai jenis yang dijual tanpa permit sah daripada pihak berkuasa.

"Rampasan dianggarkan bernilai lebih RM7,000 dan suspek telah dibawa ke Balai Polis Bandar Dato Onn di sini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957," katanya.

Sulaiman berkata individu yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara maksimum selama tujuh bulan atau kedua-duanya sekali.

-- BERNAMA

 

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS