Kejayaan

POLIS TAHAN KETUA KUMPULAN KONGSI GELAP DOUBLE SEVEN

POLIS TAHAN KETUA KUMPULAN KONGSI GELAP DOUBLE SEVEN

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) – Polis menahan seorang lelaki dipercayai Ketua Kumpulan Kongsi Gelap Double Seven (77) di Seremban, Negeri Sembilan, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata suspek yang berusia 40-an itu ditahan oleh Pasukan Taktikal Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman.

“Suspek direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Akta Pertubuhan 1966,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan masa dan lokasi suspek berkenaan ditahan. 

Selain terlibat kegiatan kongsi gelap, suspek juga dipercayai terlibat dalam satu kes jenayah di Chenderiang, Perak pada tahun 2011.

-- BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS