Kejayaan

POLIS TAHAN SUSPEK PEMBULI JALAN RAYA

JOHOR BAHRU, 12 Dis (Bernama) – Polis menahan seorang suspek pembuli  jalan raya di sebuah hotel di Kluang, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata  turut ditahan bersama-sama lelaki berumur 34 tahun itu ialah seorang wanita warganegara Vietnam dan seorang lelaki tempatan.

Beliau berkata polis turut menjumpai dadah jenis heroin seberat 3.19 gram, syabu seberat 9.95 gram, sepucuk pistol tiruan dan satu alatan besi di dalam kenderaan suspek.

“Suspek ditahan bagi membantu siasatan dalam kejadian membuli pengguna jalan raya pada pagi 10 Disember di Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Taib berkata siasatan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau dan satu kes kesalahan dadah.

-- BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS