Kejayaan

POLIS MUSNAHKAN PELBAGAI JENIS DADAH

Rantau Panjang, 25 Januari 2018. - Sebanyak 3.27 kilogram dadah pelbagai jenis yang bernilai kira-kira RM200,000 dilupuskan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri di Lapang Sasar Pak Junoh di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Superintenden Mit Emong berkata, dadah yang dimusnahkan itu adalah daripada kes dikendalikan pihak JSJN dalam tempoh 10 tahun (2006-2017).

Ujarnya, kes-kes tersebut adalah terdiri daripada hasil tangkapan dan rampasan yang dilakukan sepanjang tahun berkenaan dan setelah kes pendakwaan selesai dibicarakan di mahkamah.

Yang turut hadir menyaksikan pelupusan tersebut ialah wakil daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Jabatan Alam Sekitar. - UTUSAN ONLINE

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS