Kejayaan

EMPAT WARGA ASING DITAHAN KETIKA BERMAIN JUDI

Kuala Lumpur, 23 Februari 2018 - Dua penjaga premis dan empat warga asing yang sedang bermain judi ditahan Polis Selangor dalam Op Judi Online di Bandar Puchong Jaya, Selangor.

Serbuan ke atas premis tanpa lesen pada pukul 9.55 malam itu dijalankan pasukan pegawai dan anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintenden Norhizam Bahaman berkata, turut ditahan ialah lima warga tempatan untuk membantu siasatan.

"Selain tangkapan, kita turut merampas seunit telefon bimbit, 10 unit tablet, seunit modem dan wang tunai berjumlah RM275," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Norhizam, kesemua yang ditahan dibawa ke balai berdekatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan 6(1) Akta Imigresen. - UTUSAN ONLINE.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS