Kejayaan

PPM MIRI TAHAN BOT NELAYAN BEROPERASI TANPA PERMIT

Miri, 23 Februari 2018 – Pasukan Polis Marin (PPM) Miri berjaya menahan sebuah bot nelayan tempatan yang beroperasi tanpa permit di Kuala Sungai Miri, pagi tadi.

Komander PPM Wilayah Lima, ACP Salehuddin Mat Zaman berkata bot ronda PSC 44 yang sedang melakukan Op Pensura pada 11.00 pagi terserempak sebuah bot nelayan yang sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan dan udang.

Menurutnya, seorang lelaki warga tempatan berusia 63 tahun ditahan bersama hasil tangkapan kira-kira 35 kilogram ikan dan udang.

“Bot nelayan tersebut ditahan dan diiring ke Jeti Jabatan Perikanan Bahagian Miri untuk siasatan lanjut.

“Pemeriksaan lanjut mendapati bot nelayan itu telah melakukan kesalahan dibawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 8(a) iaitu menangkap ikan tanpa lesen sah dikeluarkan Jabatan Perikanan,” katanya.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS