Kejayaan

WAR AGAINST DRUGS: POLIS TAHAN LELAKI MILIKI 192 BIJI PIL KUDA DI BESUT

Besut, 7 Mac 2018 - Seorang lelaki dicekup polis kerana memiliki 192 biji pil disyaki dadah menerusi satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Bukit Tanah, Kampung Raja di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, berdasarkan maklumat dan risikan yang diterima, sekumpulan anggota bertindak menyerbu sebuah kediaman kira-kira pukul 5.15 petang sebelum menahan seorang lelaki berusia 38 tahun.

"Hasil pemeriksaan badan dibuat ke atas suspek menemui satu bungkusan plastik berwarna biru di dalam poket seluar bahagian hadapan.

"Bungkusan tersebut didapati mengandungi sebanyak 190 biji pil berwarna merah disyaki dadah termasuk dua biji berwarna hijau," katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Sumber: Kosmo Online

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS