Kejayaan

OPERASI BERSEPADU: SAMSENG JALANAN SEMAKIN BERANI MENCABAR PIHAK BERKUASA

Kegiatan samseng jalanan seakan tiada kesudahan malah semakin berani mencabar pihak berkuasa.

Dalam operasi yang dijalankan malam tadi, ada segelintir mat rempit bertindak merempuh sekatan jalan raya dilakukan oleh polis.

Padahnya, ada antara mereka yang bukan sahaja ditangkap malah turut mengalami kecederaan akibat terjatuh.

Ini antara gelagat mat rempit yang dirakamkan krew kami ketika mengikut Op Bersepadu Samseng Jalanan dan Pencegahan Jenayah oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Shah Alam.

Sebaik mengetahui ada sekatan jalan raya, samseng jalanan ini seakan cuba mencabar anggota bertugas, ada yang bertindak melarikan diri ketika diarah berhenti dengan berpatah balik melawan arus.

Dalam operasi di Persiaran Sultan ini, sebanyak 242 saman dikeluarkan.

Tiada lesen memandu menjadi kesalahan tertinggi dikesan dengan 111 saman dikeluarkan diikuti 43 saman bagi kesalahan insurans kenderaan tamat tempoh.

Sepanjang operasi bermula jam 1 hingga 6 pagi tadi, lebih 300 kenderaan diperiksa.

Seorang lelaki diberkas kerana memiliki 3 bungkus air ketum.

104 buah kenderaan turut disita dan dibawa ke IPD Shah Alam untuk tindakan lanjut.

Sumber: Buletin TV3

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS