Kejayaan

GANJA BERNILAI RM282,260 DIRAMPAS

Kota Bharu, 12 Mac 2018 - Cubaan dua lelaki menyeludup keluar 94 kilogram ketulan mampat dipercayai ganja ke pasaran Pantai Barat semenanjung digagalkan PDRM Kelantan.

Kedua-dua suspek berusia 35 dan 39 tahun ditahan bersama dadah bernilai RM282,260 di Jalan Jeli-Gua Musang di Kampung Meranto, Gua Musang, Jumaat lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, mereka ditahan sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Polis Bertam dalam sekatan jalan raya pada jam 6 petang.

"Polis menahan kereta jenis Honda Hybrid Insight berwarna hitam yang dinaiki dua suspek dalam keadaan mencurigakan.

"Pemeriksaan lanjut menjumpai 94 ketulan mampat daun kering disyaki ganja dalam but kereta," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, tad

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS