Kejayaan

POLIS TAHAN TIGA INDIVIDU KETIKA CUBA BAWA LARI KENDERAAN

LUNDU: Tiga lelaki warga asing termasuk dua dipercayai anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) ditangkap polis dari cawangan Task Force Ops Lejang selepas dipercayai cuba melarikan dua motosikal dan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) melalui sebuah ladang di Kampung Raso di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, terdahulu pihaknya telah menahan dua lelaki yang bersenjatakan selaras raifal jenis SS1 bersama satu kelopak peluru berisi 15 butir peluru.

Menurutnya, kedua-dua suspek yang memakai seluar TNI itu ditahan untuk pemeriksaan selepas dilihat mencurigakan menunggang sebuah motosikal dari arah sempadan Lundu-Indonesia sekitar jam 3 pagi.

“Pasukan polis berjaya menyekat motosikal tersebut dan menahan dua lelaki Indonesia yang memakai seluar TNI, di mana seorang daripadanya membawa selaras raifal jenis SS1 berserta peluru.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati motosikal yang ditunggangi kedua-dua suspek dilaporkan hilang di Sekama, Kuching pada tahun lepas,” kata Dev yang turut mengesahkan kedua-dua suspek memiliki dokumen pengenalan diri sebagai anggota TNI.

Dev berkata demikian dalam satu kenyataan media, di sini semalam.

Tatkala pemeriksaan dilakukan terhadap kedua-dua suspek, anggota Task Force dikejutkan dengan kedatangan sebuah 4WD yang dipandu laju dari arah Lundu menuju ke sempadan negara.

“Bagaimanapun, kenderaan tersebut terus berhenti apabila melihat pasukan polis dan kelihatan dua suspek keluar dan terus melarikan diri ke dalam ladang sawit.

Bacaan lanjut di http://www.utusanborneo.com.my/…/tiga-diberkas-cuba-larikan…

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS