Kejayaan

GURU DITAHAN SUSPEK CABUL MURID

Miri, 25 April 2018 - Seorang guru ditahan semalam selepas disyaki mencabul seorang murid perempuan di sebuah sekolah rendah di Batu Niah sejak tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, guru lelaki terbabit ditahan pada pukul 3.30 petang.

Katanya, suspek diberkas susulan laporan yang dibuat oleh ibu mangsa selepas kanak-kanak terbabit mengadu dia telah dicabul oleh guru berkenaan sejak darjah satu.

"Suspek akan direman pagi ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14 (a) dan 16 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. - K! ONLINE


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS