Kejayaan

POLIS BONGKAR MAKMAL DADAH

Polis narkotik Pulau Pinang menahan dua lelaki dan membongkar kegiatan mereka yang menjadikan sebuah pangsapuri sebagai makmal dadah dalam serbuan di Bandar Baru Ayer Itam di sini, Isnin lalu.

Dalam serbuan itu, polis merampas dadah jenis syabu dan heroin yang jumlah keseluruhannya dianggarkan bernilai RM723,000.

Serbuan pertama pada jam 4 petang pihak polis menahan lelaki berusia 42 tahun di kawasan Ayer Itam dan menemui 31 paket plastik mengandungi heroin 14.5 kilogram (kg) dalam dua beg pakaian.

Selepas siasatan dibuat, suspek telah membawa polis ke sebuah rumah lain dan hasil pemeriksaan lanjut telah menemui 17 peket heroin seberat 8.4kg dan enam paket syabu seberat 3.1kg.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS