Kejayaan

POLIS RAMPAS 237 KARTON ROKOK SELUDUP BERNILAI RM33,000

KOTA TINGGI 26 Mei - Sebanyak 237 karton rokok putih seludup pelbagai jenis bernilai RM33,464 berjaya dirampas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Daerah Kota Tinggi dalam operasi di lorong belakang permis perniagaan Jalan Anggerik 2/1, Taman Anggerik Bandar Tenggara, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah berkata, dalam operasi kira-kira pukul 3 petang, sepasukan anggota yang diketuai Inspektor P. Devendiran membuat serbuan dan pemeriksaan di lorong belakang permis tersebut.

Menurutnya, selepas menerima maklumat awam, pihaknya kemudian memeriksa sebuah kereta Perodua Myvi dan hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 237 karton yang rokok pelbagai jenama disorok di tempat penyimpanan barang dalam kenderaan ber­kenaan.

“Polis kemudian menahan suspek seorang remaja berusia 18 tahun dan direman sehingga 29 Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967,” katanya di sini hari ini.

Bacaan lanjut di Utusan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS