Kejayaan

FOREX DAN BITCOIN: SUAMI PELAKON DRAMA DITAHAN

Kuala Lumpur, 30 Mei 2018 - Suami kepada pelakon drama ditahan polisselepas tampil memberi keterangan berkaitan kes penipuan pelaburan Forex (GWGFX) dan Bitcoin Bitkingdom melibatkan 129 laporan polis dengan kerugian RM13.9 juta.

Menurut sumber, penahanan itu dibuat pada jam 12 tengah hari tadi, di Pejabat Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Urus Setia Ketua Polis Negara Menara 238 Jalan Tun Razak, di sini.

“Lelaki berpangkat Dato’ berusia 32 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan. Proses reman terhadap lelaki ini akan diambil esok,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Urus Setia Ketua Polis Negara telah menahan suspek berpangkat Dato’ berusia 35 tahun, di Pejabat Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Urus Setia Ketua Polis Negara kira-kira jam 5.30 petang, 15 Mei lalu.

Suspek yang juga pemilik sebuah syarikat produksi dan pernah bekerjasama dalam pembikinan sebuah filem terkenal tempatan kemudian direman tujuh hari.

Penahanan suspek ini juga susulan kes penipuan pelaburan selepas berkenalan dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Datuk Paduka Shakiran pada awal September 2014.

Mangsa seorang wanita berusia 47 tahun telah ditawarkan untuk menyertai satu skim pelaburan di mana skim tersebut didakwa mampu memberi keuntungan berlipat ganda kepada mangsanya.

Terpedaya dengan tawaran tersebut, mangsa merupakan peniaga telah memasukkan RM10,500 pada awal Oktober 2014 ke dalam akaun milik syarikat yang diarahkan suspek.

Mangsa bagaimanapun menyedari dirinya tertipu selepas tidak memperolehi sebarang bayaran keuntungan seperti yang dijanjikan.

Mangsa akhirnya membuat laporan polis di Balai Kajang pada 2 November tahun lalu.

Pihak Polis menasihatkan orang ramai yang menjadi mangsa penipuan Pelaburan Forex GWGFX dan Bitcoin Bitkingdom diminta untuk tampil membuat laporan polis. – SINAR ONLINE

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS