Kejayaan

PENJENAYAH SERANG POLIS CEDERA DITEMBAK

SABAK BERNAM - Tindakan seorang penjenayah menyerang polismenggunakan sebilah pisau membawa padah selepas dia cedera ditembak di Jalan Panchang Bedena, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 2.45 pagi, suspek berusia 37 tahun itu cedera di bahagian peha kaki kanan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Nor Azmi Isa berkata, suspek dikehendaki atas kesalahan kes ugutan jenayah selain mempunyai lima rekod kes lampau iaitu tiga rekod kesalahan jenayah dan dua rekod kesalahan dadah.

Katanya, polis berjaya menjejaki suspek sewaktu rondaan jenayah dilakukan di kawasan tersebut.

"Kita terpaksa mengejar suspek sejauh 500 meter sehingga ke sebuah tempat timbang kelapa sawit sebelum suspek bertindak menyerang anggotapolis menggunakan sebilah pisau sepanjang 25 sentimeter.

"Polis kemudiannya melepaskan dua das tembakan amaran ke udara namun suspek terus menyerang dan menyebabkan anggota polis terlibat terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah suspek sebagai mempertahankan diri," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jelas beliau, tembakan tersebut mengenai peha kaki kanan suspek sebelum berjaya diberkas polis.

"Suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini dengan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan," katanya.

Bacaan lanjut di Kosmo.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS