Kejayaan

PENGEDAR DADAH BERDEPAN SEKSYEN 39B AKTA DADAH BERBAHAYA 1952

IPOH - Tiga lelaki diberkas bersama bekalan dadah seberat lebih 546gram dalam dua operasi di Kledang dan Kampung Tawas, di sini.

Ketiga-tiga mereka berusia antara 21 hingga 34 tahun dipercayai pengedar ditahan antara jam 11 malam, Isnin lalu dan 2 pagi, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, dalam serbuan pertama di sebuah rumah di Kledang Timur, polis menemui tiga paket plastik lutsinar disyaki berisi dadah jenis methamphetamine seberat 420gram.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut menjumpai empat paket plastik lutsinar disyaki berisi dadah jenis heroin dianggarkan seberat 105gram.

“Semua bekalan dadah dipercayai diperoleh daripada seorang lelaki dipanggil Aboy di kawasan Taman Mas, Buntong,” katanya.

Sementara itu, seorang lelaki dengan lima rekod jenayah kesalahan dadah dan curi diberkas dalam satu pemeriksaan di kawasan pembinaan bersebelahan Taman Tawas Mewah, kelmarin.

Mohd Ali berkata, polis menemui 16 paket plastik lutsinar disyaki berisi dadah jenis heroin disimpan dalam kotak rokok.

“Suspek mengaku memperoleh dadah daripada seorang lelaki dipanggil Kavi di kawasan Taman Bertuah, Tasek.

“Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Bacaan lanjut di http://www.sinarharian.com.my/…/tiga-pengedar-dadah-diberka…

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS