Kejayaan

SEORANG DARI 15 LELAKI TERLIBAT RUSUHAN DITAHAN

Seremban, 23 Ogos 2018 - Seorang daripada 15 lelaki yang merusuh selepas kemalangan ketil berhampiran sebuah restoran di Uptown Avenue, Seremban 2, di sini, awal pagi kelmarin, sudah ditahan polis, malam kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman, berkata lelaki berusia 30-an itu ditahan di sebuah lokasi di bandar ini, pada jam 7.45 malam.

"Lelaki berkenaan direman tiga hari bermula hari ini (semalam) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 dan 427 Kanun Keseksaan, masing-masing kerana merusuh serta khianat," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

NSTP semalam melaporkan, sekumpulan 15 lelaki merusuh hingga merosakkan pelbagai barangan di sebuah restoran di Uptown Avenue, Seremban 2, akibat tidak berpuas hati dengan satu kemalangan kecil di kawasan berkenaan.

Kejadian jam 1.15 pagi itu berlaku ketika lelaki berusia 31 tahun yang memandu sebuah kereta Volkswagen dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Kenderaan hilang kawalan sebaik tiba di kawasan restoran berkenaan, sebuah kenderaan pacuan empat roda Range Rover dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan dan melanggar bahagian depan Volkswagen itu.

Akibat tidak berpuas hati, beberapa lelaki dari Range Rover berkenaan dan sebuah lagi kereta jenis Mercedes Benz menyerang pemandu Volkswagen menggunakan kayu serta besi.

Mereka turut dilaporkan ber-tindak merosakkan kerusi, meja, pinggan dan barangan lain di restoran terbabit selepas pemilik premis meminta mereka tidak bergaduh dan membuat bising.

Sumber : Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS