Kejayaan

TIGA LELAKI DITAHAN BERSAMA 78.7KG GANJA

Georgetown, 21 September 2018 - Tiga lelaki dari sindiket pengedaran dadah ditahan bersama 78.7 kilogram (kg) ganja di beberapa kawasan di daerah Timur Laut dan Seberang Perai Tengah (SPT), Rabu lalu.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Roslee Chik berkata, ketiga-tiga lelaki berusia lingkungan 31 hingga 42 tahun itu ditahan dalam lima serbuan yang dibuat di antara jam 12.30 tengah malam hingga 5.10 pagi pada 19 September lalu.

Menurutnya, selain dadah bernilai RM236,000 itu, polis turut menyita sebuah kereta Toyota Vellfire, motosikal jenis Honda dan akaun bank berjumlah RM295,472.

“Nilai keseluruhan sitaan adalah RM449,472. Kesemua tangkapan disiasat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Mereka direman tujuh hari sehingga 25 September untuk siasatan lanjut,” katanya. - SINAR HARIAN ONLINE

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS