Kejayaan

PENGANGGUR DITAHAN TERLIBAT PENGEDARAN DADAH

Taiping, 27 September 2018 - Seorang penganggur lelaki berusia 24 tahun ditahan di rumah sewanya selepas dipercayai terlibat dengan pengedaran dadah di Simpang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, dalam serbuan pada pukul 6.45 itu, polis merampas tiga plastik hitam mengandungi dadah jenis heroin seberat 1.3 kilogram dan empat paket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis methamphetamine seberat 35 gram.

"Kesemua dadah tersebut dipercayai diedarkan di sekitar Taiping dan jumlah rampasan dianggarkan bernilai RM46,500.

"Suspek kini direman selama enam hari bermula hari ini sehingga Selasa depan," katanya. - KOSMO! ONLINE

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS