Kejayaan

27 INDIVIDU DITAHAN DALAM OPERASI CEGAH JENAYAH DI KOTA KINABALU

Kota Kinabalu, 28 Oktober 2018 – Polis menahan 27 individu termasuk lima berkaitan kesalahan dadah dalam Operasi Cegah Jenayah yang dijalankan di enam lokasi berasingan di sekitar bandar raya ini, semalam.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP Habibi Majinji berkata kesemua individu terbabit adalah pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berumur antara 14 dan 55 tahun.

Beliau berkata operasi lapan jam bermula 2 petang semalam itu memberi tumpuan terhadap lokasi mempunyai PATI yang mengundang kepada kegiatan jenayah di sekitar bandar raya ini.

“Kes tangkapan PATI akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 manakala bagi kesalahan dadah disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

ACP Habibi berkata operasi itu turut mendapat kerjasama Pasukan Gerakan Am, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Sabah Electricity Sdn Bhd bagi membuat pemotongan sambungan elektrik haram di penempatan setinggan.

Operasi berkenaan akan diteruskan pada masa akan datang dan orang ramai dialu-alukan menyalurkan maklumat kepada pihak polis dalam usaha membanteras jenayah, PATI dan gejala dadah di daerah ini, katanya.

- BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS