Kejayaan

POLIS TAHAN SUSPEK DIPERCAYAI CEKIK MATI SEORANG LELAKI DALAM PERGADUHAN

Taiping, 2 Nov 2018 - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung satu kes gaduh sehingga membawa kematian seorang lelaki dipercayai meninggal dunia akibat dicekik, di sebuah rumah sewa di Jalan Panggung Wayang di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Taib berkata dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi, seorang saksi mendakwa beliau sedang yang sedang tidur ketika itu, tiba-tiba terjaga selepas terdengar bunyi orang bergaduh di luar biliknya.

Menurutnya apabila saksi keluar dari biliknya, beliau nampak suspek seorang lelaki berumur lebih kurang 27 tahun sedang bergaduh dan mencekik leher mangsa. Dia cuba meleraikan pergaduhan, dan melihat mangsa yang berada dalam keadaan sesak nafas, terjatuh," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata ketika ambulans tiba di lokasi, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Mohamad berkata berdasarkan siasatan awal polis percaya pergaduhan itu berpunca daripada rasa cemburu di samping ada kaitan dengan soal kewangan, dan suspek ditahan membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Difahamkan lelaki yang meninggal dunia dikenali sebagai Lim Kok Chin, 38.

 - BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS