Kejayaan

POLIS SERBU KILANG PROSES ARAK TIRUAN

Serendah, 3 November 2018 - Tiga lelaki tempatan dan sembilan warga asing ditahan dalam serbuan di sebuah premis kilang memproses arak tiruan, petang semalam.

Serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pebat Polis Daerah Hulu Selangor jam 5 petang itu turut merampas arak pelbagai jenama dan peralatan memproses bahan tersebut.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, kesemua suspek berusia 20 hingga 40 tahun ditahan ketika sedang melakukan kegiatan terbabit di dalam premis berkenaan di Taman Anugerah Suria dekat sini.

Menurutnya, sembilan warga asing itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Sumber : Sinar Harian

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS