Kejayaan

DUA DARIPADA LIMA SUSPEK PERIKSA MPV POLIS DITAHAN

 

Seremban, 14 April 2019 - Dua daripada lima lelaki yang disyaki memeriksa sebuah kereta peronda polis (MPV) di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Rantau, semalam diberkas polis, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, berkata mereka ditahan jam 12 tengah hari di lokasi berasingan.

“Polis giat memburu tiga lagi suspek yang masih bebas kerana menghalang tugas penjawat awam. Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/04/552943/terkini-dua-daripada-lima-suspek-periksa-mpv-polis-ditahan

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS