Kejayaan

LELAKI TAMPAR WANITA KERANA TIDAK BERI ‘SIGNAL’, DITAHAN POLIS

Kuala Lumpur, 5 Mei 2019 - Seorang lelaki yang mengamuk sehingga dikatakan menampar seorang pemandu wanita gara-gara tidak memberikan signal (isyarat) ketika masuk simpang ditahan polis.

Kejadian berlaku di Jalan Datuk Keramat, di sini, Khamis lalu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Noor Azmi Yusoff berkata, suspek ditahan kira-kira pada jam 10 malam pada hari kejadian, di Kampung Datuk Keramat.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/26634/EDISI/Selangor-KL/Polis-tahan-samseng-jalanan-tampar-wanita? 

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS