Kejayaan

POLIS SELANGOR LUPUSKAN DADAH BERNILAI LEBIH RM7 BILION

Seremban, 30 Oktober 2019 - Polis Selangor harini melupuskan pelbagai jenis dadah seberat 143,240 Kilogram melibatkan rampasan bernilai RM7.3 billion dari tahun 2003 hingga 2017.

Ketua Polis Selangor, CP Dato' Noor Azam Jamaluddin berkata, barang kes ini membabitkan rampasan di tiga daerah iaitu Gombak, Klang Utara dan Kajang.

"Ianya terdiri daripada pelbagai dadah seperti Ketamine, Methamphetamine, Heroin, Cocaine, Eramin 5 serta bahan kimia seperti Ephiderin.

"Barang kes yang dilupuskan ini hanya barang kes yang telah selesai perbicaraan di mahkamah dan menerima arahan untuk dilupuskan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan selain mematuhi standrad alam sekitar," katanya dalam sidang akhbar di Sendayan, Nilai disini hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Dato' Noor Azam berkata, Jabatan Siasatan Jenayah dan Narkotik (JSJN) Selangor berjaya menangkap seramai 16, 318 yang terlibat dalam gejala dadah sejak Januari lalu hingga September tahun ini.

"Daripada jumlah itu 670 merupakan pengedar dadah yang disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman sampai mati atau penjara seumur hidup dan 15 kali sebatan.

"Selain daripada itu bagi tempoh 2018 dan 2019 kita juga berjaya menumpaskan sebanyak 10 kes melibatkan makmal dadah haram di Selangor," katanya.

Katanya, kejayaan ini merupakan hasil maklumat orang awam dan risikan juga soal siasat yang dijalankan malahan polis Selangor akan terus menggempur aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Sementara itu, menurut Pengarah urusan Kualiti Alam Sdn Bhd, Dr Johari Jalil, barang kes ini akan dilupuskan di Pusat Kualiti Alam di sini menggunakan teknologi sisa kepada tenaga yang pertama seumpamanya di negara ini.

"Dadah-dadah ini akan dibakar pada suhu 1000 ke 1200 darjah celsius sebelum ditempatkan di tapak pelupusan akhir atau menepati Semua syarat perlesenan Jabatan Alam Sekitar (JAS)," katanya.

Sumber: Polis Selangor dan Sinar Harian

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing
Image may contain: 1 person, on stage
Image may contain: 1 person, on stage
Image may contain: 4 people
Image may contain: 2 people, people standing and food
No photo description available.
Image may contain: 8 people, people smiling, people standing, shoes and outdoor
Image may contain: 16 people, people sitting
Image may contain: 12 people, people sitting
Image may contain: 11 people, people sitting
Image may contain: 1 person
Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and text
Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and text
Image may contain: 2 people, text
Image may contain: 2 people
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS