Kejayaan

[ARTIKEL PILIHAN] SAC (B) DATO’ RABUAN PIT, KISAH RAJA PECUT ASIA 1982

SAC (B) Dato’ Rabuan Pit, nama yang jarang disebut-sebut pada masa kini dan jika adapun, liputannya tidaklah begitu meluas.

Rabuan Pit atau nama sebenarnya Rabuan bin Pit yang kini berusia 63 tahun dilahirkan pada tanggal 26 April 1956 di sebuah pekan kecil bernama Merlimau yang terletak di dalam daerah Jasin, Melaka. Beliau merupakan anak yang paling bongsu daripada kesemua 8 adik beradik.

Impian Rabuan Pit menjadi kenyataan apabila beliau menjadi pelari pecut negara terbaik sepanjang keterlibatannya dalam sukan lari pecut.

Nama Rabuan Pit ini mula melonjak naik apabila beliau memungut 2 pingat emas dan 1 pingat perak pada temasya Sukan Asia Tenggara Jakarta di Indonesia pada tahun 1979.

Beliau juga menjadi ayam tambatan negara dengan membantu kontinjen negara untuk menjuarai edisi pertama Piala Suharto pada tahun berikutnya apabila beliau banyak mengumpul mata hasil daripada lariannya dalam acara 200m, 400m dan 4x100m.

Bacaan lanjut di artikel terbitan The Patriots seperti di pautan berikut https://www.thepatriots.asia/rabuan-pit-kisah-raja-pecut-a…/

Image may contain: 1 person, smiling

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS