Kejayaan

#WarAgainstDrugs MCPF HARGAI USAHA BERTERUSAN JSJN PERANGI DADAH

Kuala Lumpur, 8 Januari 2020 – Jabatan Siasatan Jenayah (JSJN) Bukit Aman menerima surat penghargaan daripada Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF) pada 30 Disember 2019 ekoran beberapa kejayaan yang membanggakan hasil daripada usaha berterusan dalam membanteras aktiviti pengedaran dadah di negara ini.

Dalam surat berkenaan, Naib Pengerusi Kanan MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye memaklumkan bahawa kesungguhan JSJN memerangi najis dadah telah memberi impak yang positif kepada masyarakat sekali gus mengurangkan kadar jenayah.

Antara kejayaan besar yang direkodkan oleh JSJN pada tahun lalu termasuk rampasan dadah jenis Kokain seberat 12 tan di Pulau Pinang, 3.2 tan dadah Kokain dan 500 kilogram (kg) Ketamine di Selangor serta 700,000 biji pil WY di Kelantan.

MCPF turut menyatakan sokongan penuh kepada JSJN agar usaha membebaskan negara dari belenggu dadah dapat dilaksanakan sehingga ke akar umbi.

Image may contain: text
Image may contain: 7 people, people standing
Image may contain: 9 people, people smiling
Image may contain: outdoor
Image may contain: one or more people
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS