Kejayaan

KOPERAL MOHD NAZRI JUARA PERTANDINGAN NYANYIAN SUARA KDN

Putrajaya, 28 Februari 2020 - Koperal Mohd Nazri Mohd Don dari Pancaragam Pusat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dinobatkan sebagai Johan dalam Pertandingan Nyanyian Suara Kementerian Dalam Negeri (KDN) 2020 yang berlangsung di Auditorium KDN Putrajaya, semalam.

Pertandingan tersebut telah disertai oleh 23 orang peserta dari pelbagai agensi di bawah KDN termasuk Jabatan Penjara Malaysia (JPM), Jabatan Pendaftaran Malaysia (JPN) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.

Mohd Nazri yang mendendangkan lagu “Di Sudut Kamar Hatiku” telah mempersembahkan mutu vokal yang padu dan mempesonakan sehingga berjaya memikat hati para juri, sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000.

Naib Juara dimenangi oleh peserta dari Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), manakala tempat ketiga disandang oleh peserta dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Kemenangan tersebut merupakan yang kedua buat PDRM selepas menjuarai pertandingan sama pada tahun 2018.

Turut hadir memeriahkan pertandingan tersebut ialah Ketua Pengarah Muzik PDRM, Superintenden Mohd Noor Firdauz Abdullah dan para penyokong PDRM.

Image may contain: 14 people, people standing
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS