Kejayaan

#WarAgainstDrugs POSTING PILIHAN: POLIS LUPUSKAN DADAH BERNILAI RM8.5 JUTA

Alor Setar, 2 September 2020 - Polis melupuskan pelbagai jenis dadah yang dirampas sejak enam tahun lalu bernilai RM8.5 juta.

Ketua Polis Kedah, CP Dato' Hasanuddin Hassan berkata, ia membabitkan tangkapan dan rampasan dadah di negeri itu sejak 2013.

Menurutnya, semua dadah itu diserahkan kepada Syarikat Kualiti Alam Sdn. Bhd. yang berpusat di Bukit Pelanduk, Port Dickson iaitu syarikat yang berdaftar di bawah Jabatan Alam Sekitar untuk dilupuskan.

Katanya, statistik Januari hingga Ogos tahun ini menunjukkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah berjaya menahan 6,879 orang mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

"Antara jenis dadah yang dirampas tahun ini adalah Heroin (64.55 kilogram (kg), Syabu (35.14 kg), pil Estacy, pil Yaba dan pil Eramin 5 (5,664 biji), Ganja (1.42 kg), empat batang pokok ganja, kafein (126.03 kg), 157.58 liter Kodein (ubat batuk), Ketamin (0.13 kg), cecair ketum (2,131.96 liter) dan daun ketum (14628.04 kg).

"Semua rampasan itu bernilai RM1.81 juta," katanya pada sidang media Pelupusan Dadah di pekarangan IPK Kedah, di sini, hari ini.

Sumber: Polis Kedah dan Harian Metro

Image may contain: one or more people
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS