Kejayaan

ARTIKEL PILIHAN: SINDIKET PEMALSUAN IDENTITI KAD PRABAYAR TUMPAS

Kuala Lumpur, 15 September 2020 - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, merampas 36,500 kad sim sebuah syarikat telekomunikasi tempatan, yang sudah didaftar dengan 'ID Dealer' (Nombor Identiti Pengedar) dalam dua serbuan berasingan sejak Jumaat hingga Ahad lalu.

Dalam serbuan sekitar Negeri Sembilan dan Lembah Klang oleh pasukan dari JSJK itu, tiga lelaki dan dua wanita tempatan serta dua lelaki warga Bangladesh dan seorang wanita warga Indonesia disyaki ahli sindiket ini ditahan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Zainuddin Yaacob, berkata sindiket yang beroperasi sejak setahun lalu itu mendaftarkan identiti warga asing dan warga tempatan berdasarkan pengenalan diri yang disimpan mereka.

"Sebagai contoh dalam serbuan ini, polis menemui kira-kira 10,000 imej pasport warga asing serta 313 imej salinan kad pengenalan warga tempatan yang dipercayai didaftarkan ke atas kad sim prabayar yang dimiliki sindiket ini.

"Dalam operasi berkenaan, polis turut merampas 28 kotak multiplexer, (6) komputer, 2 router, 1 modem, 1 CPU, 17 telefon bimbit, 1 mesin pencetak, sebuah kereta Perodua Axia, 16 kad ATM, 120 kad sim yang sudah didaftarkan, 7 buku cek, 4 kad kredit dan wang tunai RM14,997," katanya dalam sidang media khas petang tadi.

Kesemua suspek yang ditahan, direman selama tiga hari.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut https://www.bharian.com.my/…/sindiket-pemalsuan-identiti-ka…

Sumber: Berita Harian

Image may contain: 4 people

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS