Kejayaan

[VIDEO PILIHAN] OP KHAZANAH: 1,978 EKOR BURUNG BERNILAI RM300,000 DIRAMPAS SEJAK JANUARI LALU

Kuala Lumpur, 30 September 2020 - Sebanyak 1,978 burung tempatan membabitkan 16 spesies yang dilindungi sepenuhnya, dianggarkan bernilai RM279,960 dirampas dalam tiga serbuan berasingan, antara Januari hingga September tahun ini.

Semua burung itu dirampas dalam Op Bersepadu Khazanah yang dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) di sekitar Johor dan Kuala Lumpur.

Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am, SAC Tuan Muhammad Abdul Halim, berkata tiga lelaki berusia antara 27 hingga 49 tahun turut ditahan dalam ketiga-tiga serbuan terbabit.

Mengulas hasil rampasan, Tuan Muhammad berkata, sebanyak 1,825 burung dianggarkan bernilai RM120,300 dirampas di sebuah pusat simpanan di Senggarang, Johor, pada 1 Januari lalu. Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat di lokasi itu.

"Ia disusuli dengan tangkapan ke atas dua lelaki berusia 27 dan 49 tahun bersama 90 burung, dianggarkan bernilai RM70,460 yang dirampas di Setapak di sini, pada 24 Ogos lalu. Kedua-dua mereka sudah dituduh mengikut Seksyen 68 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

"Seterusnya, seorang lelaki berusia 49 tahun ditahan bersama 63 burung dianggarkan bernilai RM89,200 yang dirampas di Setapak di sini, kelmarin. Lelaki terbabit kini dalam tahanan reman," katanya.

Bacaan lanjut di pautan https://www.bharian.com.my/…/op-khazanah-patahkan-penyeludu…

Sumber: Berita Harian dan OneNews

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS