Kejayaan

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS RAMPAS DADAH, SITA ASET RM1.09 JUTA

Johor Bahru, 17 Oktober 2020 - Polis berjaya merampas dadah jenis Syabu dan Ecstacy, selain menyita barang rampasan bernilai RM1.09 juta dalam tiga serbuan berasingan dijalankan di sekitar Muar, pada Selasa dan Rabu lalu.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Muar berjaya menahan enam individu termasuk seorang lelaki warga Indonesia berusia 20 hingga 39 tahun.

Katanya, kira-kira jam 9.30 pagi Selasa lalu, Pasukan Polis Marin, Wilayah Dua menangkap dua lelaki tempatan berusia 24 dan 32 tahun yang menaiki sebuah bot fiber dalam keadaan mencurigakan di kawasan Laut Parit Sakai, Muar, sebelum merampas 1.07 kilogram Syabu.

"Susulan serbuan itu, polis menahan dua lagi individu tempatan iaitu wanita (mak saudara) dan lelaki (anak saudara) yang masing-masing berusia 20 serta 31 tahun, di kawasan kebun sawit, di Muar, kira-kira jam 4 petang Rabu lalu.

"Soal siasat awal, suami kepada wanita itu kini di penjara atas kesalahan penyeludupan dadah dan wanita terbabit dipercayai mengambil alih kegiatan itu.

"Mereka ada saudara di Bengkalis, Indonesia dan dadah ini dipercayai dari Kuala Lumpur dibawa ke Muar untuk diseludup ke Bengkalis untuk pasaran Indonesia," katanya pada sidang media di IPK Johor, semalam.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian.

Sumber: Berita Harian Online

Image may contain: one or more people and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS