Keratan Akhbar

'SUPERMAN’ DIDENDA RM5,000, PENJARA

'SUPERMAN’ DIDENDA RM5,000, PENJARA 

Kuala Lumpur, 16 Jun - Dua remaja termasuk seorang penuntut kolej yang mengaku salah menunggang motosikal secara melulu dan merbahaya dengan melakukan aksi ala 'Superman', masing-masing dipenjara sehari dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam. 

Penuntut kolej, Kamaruddin Ismail dan penghantar pizza, Mohamad Hasnol Yusuf Harun, masing-masing berusia 19 tahun, diarahkan menjalani hukuman penjara dan denda itu oleh Majistret Amal Razim Alias. Jika gagal membayar denda, mereka boleh dipenjara dua bulan. 



Sumber: Berita Harian
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS