Keratan Akhbar

7 REMPUH PAGAR SURAU KENA TAHAN

Tujuh pemuda berusia 20 hingga 23 tahun ditahan polis kerana merempuh pagar serta memecahkan cermin surau Pangsapuri Sri Palma Villa dekat Mantin di sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian 9.30 pagi itu, suspek yang dipercayai mabuk berang apabila perbuatan mereka minum arak di sebuah pondok berhampiran surau terbabit ditegur seorang Jemaah yang berada dalam kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Abdullah Roning berkata kejadian itu berpunca daripada salah faham dan tidak membabitkan isu perkauman atau keagamaan.

Semua suspek direman sehingga jumaat ini untuk siasatan lanjut. 



SUMBER : BERITA HARIAN
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS