Keratan Akhbar

GENG SAMUN KEDAI 24 JAM TUMPAS

Sepang - Polis berjaya menumpaskan geng samun kedai serbaneka 24 jam dan curi motosikal di sekitar daerah ini, Banting dan Nilai serta Seremban, Negeri Sembilan selepas tertangkapnya sembilan individu dalam beberapa serbuan berasingan baru-baru ini. 

Kesemua ahli kumpulan membabitkan lapan remaja lelaki dan seorang remaja perempuan berumur dalam lingkungan 16 hingga 19 tahun itu tidak mempunyai pekerjaan dan tercicir daripada alam persekolahan.



Sumber: Akhbar Kosmo
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS