Keratan Akhbar

POLIS TUMPAS GENG NUYU AKTIF CURI MOTOSIKAL

Polis Berjaya menumpaskan satu kumpulan yang aktif mencuri motosikal di sekitar daerah Pasir Puteh dikenali sebgai Geng Nuyu dengan tertangkapnya dua lelaki di Kampung Gong Kemuning, Bukit Yong dekat sini pada 7 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superitendan Mohd. Kamal Zainal berkata kedua-dua suspek berusia 21 dan 23 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah pada pukul 7 pagi.

“Dalam serbuan ini, kami turut menemui enam buah motosikal curi di hadapan rumah itu selain sebuah lagi disembunyikan di Kampung Gong Sawa tidak jauh darui situ,” katanya pada siding akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh di sini semalam.



SUMBER : KOSMO
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS