Keratan Akhbar

BOOKIE JUDI BOLA SEPAK TUMPAS

Alor Setar - Dua sindiket perjudian bookie bola sepak antarabangsa yang beroperasi sempena perlawanan bola sepak Piala Dunia 2014 berjaya ditumpaskan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dalam operasi Ops Sogo di sini, kelmarin. 

“Hasil siasatan awal, kita dapati sindiket ini dari dua kumpulan berasingan dan jumlah nilai taruhan bagi kedua-dua kes berkenaan adalah RM75,000 jumlah kredit di atas talian,” kata Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Zaleha Abdul Rahman.

Dua lelaki yang berjaya ditahan dalam operasi tersebut tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 63 Akta Pertaruhan 1953 yang boleh didenda tidak melebihi RM20,000 dan penjara tidak melebihi lima tahun.



Sumber: Sinar Harian
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS