Keratan Akhbar

PUSAT KARAOKE DISERBU

Keasyikan pelayan pelanggan (GRO) berhibur bersama pelanggan masing-masing terbantut apabila sebuah premis pusat hiburan karaoke di Sekinchan di sini, diserbu polis awal pagi semalam.

Serbuan kira-kira jam 12.30 pagi itu dijalankan Unit Siasatan Jenayah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) diketuai oleh Asisten Superintendan, Muhammad Mohd Jais bersama seorang lagi pegawai dan 10 anggota. 

Seramai 26 warga Vietnam berusia dalam lingkungan 20 hingga 35 tahun dicekup dalam operasi terbabit. Selain itu, pihak polis turut menahan enam lelaki warga Myanmar yang bekerja di premis tersebut dan tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah.

Kes itu disiasat di bawah Peraturan 17(a) Peraturan-Peraturan lmigresen 1963 iaitu salah guna pas lawatan sosial dan Seksyen 6(1 )(c) Akta lmigresen 1959/63 kerana bekerja tanpa pas dan permit yang sah. 



Sumber: Sinar Harian
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS