Keratan Akhbar

GENG SAMUN TUMPAS, 9 DIBERKAS

Shah Alam, 19 Ogos : Polis berjaya menumpaskan geng samun yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan itu sekitar Tanjung Karang sejak dua tahun lalu, selepas tertangkapnya sembilan suspek, termasuk seorang wanita pada Ahad lalu.

Sembilan suspek yang berusia antara 19 dan 22 tahun diberkas dalam tiga tangkapan berasingan selepas disyaki terbabit dengan kes samun pasangan suami isteri di sebuah rumah di Taman Sahabat, Tanjung Karang pada 12 0goslalu.

Kesemua mereka direman sehingga 24 Ogos ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 395/354 Kanun Keseksaaan.

Sumber : Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS