Keratan Akhbar

BELASAH WANITA KENA JEL, SEBAT


Melaka, 21 Ogos - Perbuatan kejam seorang lelaki yang memukul seorang wanita menggunakan kayu cota dua tahun lalu sehingga mangsa cedera parah akhirnya terbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam. 

Hakim Ahmad Sazali Omar menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh K.R. Umashankar, 26, selepas meneliti kesemua keterangan di akhir pembelaan kes prima facie itu. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah kepada P. Anjalai, 29 dengan menggunakan suatu alat sebagai senjata yang mungkin menyebabkan kematian iaitu kayu cota hingga menyebabkan kepala mangsa mendapat 38 jahitan dan patah jari telunjuk tangan kiri.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS