Keratan Akhbar

POLIS BERJAYA TUMPASKAN GENG PREE


Tampin, 27 Ogos - Polis berjaya menumpaskan Geng Pree yang dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya 10 kes pecah rumah dan samun di sekitar Negeri Sembilan, Pahang dan Johor dengan penangkapan 10 lelaki warganegara Indonesia di sebuah rumah kongsi di Palong, Jempol, 8 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, tangkapan berkenaan dibuat kurang seminggu daripada kes samun ketiga iaitu 2 Julai lalu di Tampin dan siasatan lanjut membawa kepada penangkapan tujuh lagi warga Indonesia di kawasan sama.

Menurutnya, dengan tangkapan berkenaan, pihaknya percaya dapat menyelesaikan tiga kes samun dan pecah rumah di Tampin.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS