Keratan Akhbar

10 LELAKI DICEKUP KETIKA LEKA MENAGIH DADAH

Polis Raub berjaya menahan 10 lelaki berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun sedang menagih dadah di sebuah kawasan di Dong, Jumaat lalu.

Pemeriksaan lanjut menjumpai beberapa paket plastik dan tiub straw yang mengandungi serbuk dan ketulan disyaki dadah di dalam poket salah seorang daripada mereka manakala ujian saringan awal polis mendapati kesemua tangkapan positif dadah jenis morphine. 

Kes disiasat dibawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Sek 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS