Keratan Akhbar

100 MAT REMPIT PANIK KENA SERBU

Kira-kira 100 mat rempit panik apabila diserbu sepasukan anggota polis ketika berlumba haram di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan, dekat Sungai Isap di sini, semalam. 

Dalam operasi berkenaan, polis mendapati seramai 25 individu tidak memlliki lesen memandu, 14 kes melakukan ubah suai nombor pendaftaran, dua kes tidak memakai topi keledar dan lima kes membabitkan kesalahan mengganggu tugas penjawat awam. 

Sebanyak 18 motosikal disita mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan dua remaja bawah umur ditahan untuk soal siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga.

Sumber: Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS