Keratan Akhbar

PENAHANAN 4 INDIVIDU SELESAI KES

Tampin, 19 Sept - Polis percaya penahanan empat orang, termasuk dua wanita, akan dapat menyelesaikan kes pembunuhan seorang penoreh getah di Air Kuning Selatan, dekat sini, Ahad lalu.

Mereka yang berumur antara 19 hingga 50 tahun, ditahan ketika hadir untuk memberi keterangan di Balai Polis Tampin, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wool Kooi Cheang, berkata mereka ditahan reman tujuh hari hingga Isnin ini mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah dan siasatan pula dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian Ahad lalu, AK Arumugam, 50, ditemui mati oleh majikannya kira-kira jam 2 pagi, berhampiran sebuah kandang kambing dalam keadaan kepalanya luka parah akibat dipukul dengan benda tumpul.



Sumber: Berita Harian
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS