Keratan Akhbar

LUPUS MESIN JUDI RM1.5 JUTA

Kajang, 26 Sept. - Sebanyak 3,067 set mesin perjudian komputer bernilai lebih RM1.5 juta dilupus di pekarangan Ibu Pejabat Polls Daerah (IPD) Kajang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisoner Ab Rashid Ab Wahab berkata, jumlah tersebut berdasarkan rampasan pada tahun 2012,2013 dan 2014 (Januari hingga Ogos) yang sudah mendapat kelulusan daripada pihak mahkamah.

Bagi membendung aktKiti mesin perjudian tersebut tindakan pemotongan air dan elektrik diiaksanakan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syabas.



Sumber: Harian Metro
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS