Keratan Akhbar

400 KOMPUTER JUDI DIRAMPAS



Kuala Lumpur -  Polis merampas lebih 400 mesin komputer berunsur perjudian sejak Operasi Dadu' (Ops Dadu) Dang Wangi dilancarkan pada 15 Oktober lalu bagi membanteras kegiatan perjudian yang didalangi kongsi gelap. 

Rampasan itu termasuk hasil serbuan ke atas tiga premis perjudian di Bukit Bintang, Jalan Pekeliling dan Jalan Dang Wangi, di sini, malam kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah, berkata siasatan mendapati ketiga-tiga premis itu tidak mempunyai lesen perniagaan. 

Katanya, ketiga-tiga premis itu dipercayai beroperasi 24 jam sehari. Polis menahan lima rakyat tempatan dan lima warga asing yang menjadi penjaga premis itu serta kaki judi dalam operasi itu. 

Seramai 92 individu ditahan sejak Ops Dadu Dang Wangi dilancarkan dengan rampasan lebih RM8,000.

Sumber: Akhbar Berita Harian
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS