Keratan Akhbar

POLIS SELANGOR GANDAKAN USAHA BANTERAS MESIN JUDI

Klang, 29 Oktober - Bagi memastikan kegiatan mesin judi dapat dibendung sepenuhnya di negeri ini, polis menggandakan usaha secara lebih bersepadu sejak kelmarin.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Samah Mat berkata, langkah tersebut sejajar dengan arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang memberi tempoh selama tujuh hari kepada anggota polis untuk menggempur kegiatan haram berkenaan.

"Sebelum ini, kita adakan operasi setiap hari dan rampas antara 200 hingga 500 mesin judi tetapi sejak kelmarin kita telah gandakan lagi usaha secara lebih bersepadu, "katanya selepas menghadiri majlis anugerah perkhidmatan cemerlang peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini semalam.

Abdul Samah memberitahu, pihaknya juga akan memantau secara rapi setiap premis yang telah diserbu untuk memastikannya benar-benar ditutup.


Sumber: Utusan Malaysia
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS